Tuesday, March 8, 2011

Ketidak Adilan Sistem | Yuran UKM

    
Selamat malam. Ok. Tengah panas. Kipas bukak paling laju menghadap ke muka. Terasa angin menghembus kuat rambutku yang pendek. Aircond dah bukak paling sejuk. Bayangan sahaja sebab bilik aku tiada aircond sebenarnya. Tapi masih panas. Hati masih panas membara. 


Kenapa? Sebab aku rasa sistem yuran Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) amatlah tidak adil. Dan tidak sistematik. Ok. RM650 untuk setiap sem tidak kira berapa unit kau ambil. Kalau dulu, setiap unit didarab dengan RM20++. Sekarang, walaupun kau ambil 6unit sahaja, kau wajib bayar RM650. Adilkah?

Pertama sekali, tidak adil kepada orang yang kurang berkemampuan. Katakanlah dia dah menghabiskan 114 unit pada semester 1 tahun akhir, dan hanya perlu mengambil 6unit sahaja pada semester terakhir pelajar itu. Jika menggunakan sistem yang lama, pelajar itu hanya perlu membayar yuran pengajian lebih kurang RM250 sahaja maksimum. Kalau tambah yuran-yuran sampingan seperti majalah universiti yang sekali sekala baca, yuran kesihatan yang kadang kala sahaja kita sakit (berapa kali kita nak sakit untuk satu semester?) dan yuran-yuran yang lain. Tapi dengan sistem baru, mereka WAJIB membayar RM650! Mereka yang tidak mampu akan rasa terbeban bukan dengan penambahan sebanyak RM400! 

Kedua, kebanyakan fakulti sudah menetapkan Latihan Industri dilakukan pada tahun akhir. 8unit disitu. Seperti yang kita tahu, Latihan Industri berlangsung di syarikat-syarikat pilihan para pelajar. Bukan di universiti itu sendiri. Oleh yang demikian, kenapa pelajar perlu membayar sebanyak RM650 kepada pihak universiti? Walhal, pelajar itu tidak berada di universiti itu pun untuk 1 semester. Ok, mungkin untuk membayar elaun para penyelia yang ingin menyelia pelajar di syarikat tempat pelajar berpraktikal. Tapi munasabahkah nilai setinggi RM650 itu? 

Ketiga, untuk pelajar yang ingin extend(melanjutkan/tangguh) pengajian mereka. Ini sering terjadi apabila sesetengah course(subjek) tidak ditawarkan untuk semester itu. Atau, katakanlah pelajar itu ingin membaiki pointernya. Dia hanya perlu mengambil 3unit sahaja untuk memperbaiki pointernya pada semester seterusnya. Adakah dia perlu membayar sehingga rm650 untuk 3unit sahaja? Wajarkah? Adilkah?

Ok, cukup dengan bahasa karangan tingkatan 5 aku. Pada hemat aku, UKM ni memang tak kaji isu ini dalam-dalam. Lagipun, pilihan raya kampus (PRK) baru je lepas. Takde ke wakil-wakil pelajar yang menyuarakan benda ni? Aku dengar cerita, kalau jadi wakil pelajar, yuran korang free? Bagus la kalau macam tu. Tapi ingat lah kepada pengundi-pengundi korang ni. Kitorang terpaksa membayar sejumlah wang yang tidak sepatutnya. 

Sepatutnya, pihak universiti boleh merangka satu mekanisme untuk mengira jumlah pembayaran yuran ni, kalau masih nak menggunakan pakej la. Contohnya :
  • 1 hingga 10 unit yang diambil akan dikenakan bayaran sebanyak RM300
  • 11 hingga 20 unit yang diambil akan dikenakan bayaran sebanyak RM600
  • 21 unit dan keatas akan dikenakan bayaran sebanyak RM650 +++
Atleast, pihak universiti patut sediakan pakej macam ni. Ini tidak, main sebat semua orang kena bayar RM650 regardless berapa banyak unit yang pelajar ambil. Sangat tidak adil. Aku tak puas hati sebab aku tergolong dalam sebab yang kedua dan ketiga. Aku bukan merungut bukan sebab tidak mampu bayar, tapi sebab aku rasa berlaku ketidakadilan pihak universiti (UKM) dalam mengendalikan isu ini. 

Diharap isu ini dapat dipanjangkan lagi ke pihak atasan. Aku akan cuba dengan cara aku sendiri. Diharap kau, kau, kau, dan engkau dapat la menyokong dalam usaha menurun atau menukar kadar yuran yang sedia ada kepada kadar/mekanisme pengiraan yang baru. Sekian.

tambahan : klik sini untuk terus ke laman web aduan UKM

pesanan saya : aku akan cuba tanya pihak canselori minggu ini pasal hal ni. Dan juga saluran yang betul untuk adukan hal ini. Saya sudah, anda bila?

   

0 Juta Karutan: